Kembali Ditarbiyyah

Kembali Ditarbiyyah
Setelah setahun meninggalkan diploma,
Hati terasa kosong,
Rasa rindu bukan,
Rasa sedih juga bukan,
Ia masih tidak diisi atau terisi,
Kerna masih cari punca kekosongan.

Kini tibanya alam yang baru,
Alam kepayahan untuk ditempuhi,
“Alam Degree” yang tidak dijangka,
Setelah setahun ianya kembali semula,
Kembalikan rasa yang dicari,
Kini sudah ditemui di sini.

DIA menyediakan asbab untuk aku kenal dia,
Pertemuan yang singkat tapi bermakna,
Adanya perantara yang menemukan kami,
DIA telah menetapkan segalanya,
Bilamana aku sendiri pun tidak mengerti isi hati,
Isi hati yang haus akan tarbiyyah.
Mulanya aku tidak rela untuk kembali,
Setelah bertahun aku lepaskannya,
“Ada yang DIA ingin tunjukkan kepadaku”,
Aku putuskan untuk kekal di sini,
Ikhlaskan diri untuk ditarbiyyah kembali,
Walaupun terpaksa bertatih kembali,
Peluang ini,
Tidak kan aku lepaskan sekali lagi,
Kerna aku tidak mahu menjadi orang yang rugi.
Moga redha Allah swt aku perolehi.

03:16pm
110419

Comments