Usia dan masa itu punyai persamaan iaitu tidak
akan mampu kembali lagi dan ianya datang sekali lagi sahaja. Sedetik yang telah
berlalu tidak akan sama dengan detik-detik yang akan datang. Usia 26 tahun pada
kali ini tidak akan kekal mahupun mampu dikembalikan pada setahun akan datang.
Ianya akan berubah dan sangat mahal serta perlu digunakan sebaik-baiknya. Usia
adalah modal paling mahal kerana setiap modal yang lain boleh digantikan
kecuali modal usia kerana ianya hadir sekali sahaja seumur hidup.
Sangat terkesan pada Syawal [1443H/2022M]. Siapa
yang menyangka bahawasanya Syawal kali ini akan datang secepatnya dan Ramadan
berlalu begitu pantas sekali tanpa sempat untuk kita mengucapkan selamat tinggal
seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Peristiwa sedikit sebanyak memberi kesan
kepada semua muslim. Ada yang sedih dan ada yang gembira dengan perginya Ramadan
yang mulia ini.
Sempatlah melihat “Assalamualaikum” saluran TV
Al-Hijrah di mana artis jemputannya adalah Lufya dan Aida Khaleeda. Mereka juga
tidak menyangka dan terkejut kerna disaat mereka bersiap sedia untuk melakukan tarawih,
tetapi takbir raya yang berkumandang. Seolah-olah tidak percaya Ramadan kali
ini pergi tanpa memberikan apa-apa tanda. Mereka mengharapkan moga apa yang
dilakukan pada Ramadan kali ini diredai dan diterima oleh Allah swt. Mahu
ditangisi Ramadan yang berlalu pergi tidak akan mampu buatnya kembali lagi
walaupun sehari sebab itulah bilamana kita diizinkan untuk menemuinya,
lakukanlah amal yang sebaik-baik amalan dan latihlah diri kita untuk menjadi
hamba yang taat kepada Allah swt agar kelak tiada penyesalan dan merintih
dikemudian hari unruk ramadan kembali.
Firman
Allah swt,
وَهُمْ يَصْطَرِخُوْنَ
فِيْهَاۚ رَبَّنَآ اَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِيْ كُنَّا
نَعْمَلُۗ اَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَّا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ
وَجَاۤءَكُمُ النَّذِيْرُۗ فَذُوْقُوْا فَمَا لِلظّٰلِمِيْنَ مِنْ نَّصِيْرٍ
Dan mereka berteriak di dalam neraka
itu, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), niscaya kami akan
mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu.”
(Dikatakan kepada mereka), “Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat
berpikir bagi orang yang mau berpikir, padahal telah datang kepadamu seorang
pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang-orang zalim
tidak ada seorang penolong pun.”
[Surah Fatir;35:37]
Moga dengan perginya Ramadan tanpa pesan mampu memotivasikan kita untuk menghargai usia dan masa yang kita perolehi sekarang ini untuk melakukan amal yang terbaik dan tetap bermujahadah untuk menempuh 1001 jalan untuk kita kejar reda dan rahmat Ilahi. Semoga dengan mujahadah kita melawan hawa nafsu kita menjadi asbab kita perolehi rahmat Allah swt dan membuatkan kita semakin hamper untuk kembali tempat asal sebenarnya kita iaitu syurga.
Orang yang memasuki syurga adalah
kerana rahmat Allah swt dan orang yang tidak mendaptakan rahmat Allah swt maka
dirinya jauh daripada mencium bau syurga dan semakin hamper ke jurang yang membinaskan
(neraka).
Comments
Post a Comment