Manusia itu sering melakukan sesuatu mengikut apa yang mereka rasa sehinggakan mampu menyakiti hati manusia lain, mampu mengaibkan seseorang dan ada yang sanggup tabur fitnah kepada orang lain asalkan hatinya puas tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Percayalah selain diri sendiri, manusia itu akan diuji dengan manusia lain yang berada disekelilingnya.
Tidak perlu memikir contoh yang besar,
sekecil-kecil contoh adalah bilamana kita sedang memandu dan pada saat itu
pemandu lain tidak mengikut peraturan jalanraya. Kebanyakkan manusia akan
menggunakan kata-kata cacian ataupun membunyikan “hon” yang panjang untuk
mengekspresikan perasaan yang mereka rasa. Sepertimana kita bisa terasa dengan
kata-kata manusia kepada kita, begitulah juga mereka. Alangkah lebih elok jika
kita menahan rasa amarah dan tetap berdiam diri seandainya tiada kata yang baik
untuk dibicarakan.
الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ
“(aitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan”.
[Al-Imran;3:134]
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَو لِيَصْمُتْ
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata baik atau diam.”
[HR Imam Bukhari]
Dan manusia yang kuat bukanlah
dinilai dari segi kegagahan anggota badannya, tetapi mereka yang kuat menahan
amarahnya disaat ingin memarahi sesuatu mahupun manusia. Sekarang ini juga
bukan hanya perlu jaga percakapan sahaja malah dari segi penulisan perlu dijaga
juga. Jangan mengikut perasaan disaat kita menulis atau menaip sesuatu.
Berfikir sebelum melakukan tindakan.
Jangan menzahirkan segala amarah
kita dengan kata-kata, lebih baik kita berdiam diri dengan istighfar kepada Allah
swt agar dapat mengelakkan perbalahan berpanjangan sekaligus mengutip pahala
supaya menjadi asbab kita masuk ke syurga.
“Lidah lebih tajam daripada mata
pedang, ianya mampu melukakan tanpa ada darah tetapi bisa jadi asbab kepada
permusuhan sesama manusia”.
Moga Allah swt senantiasa mengurniakan
kita ilham untuk berkata-kata yang baik-baik sahaja dan semoga Allah swt
mempermudahkan urusan kita untuk menyeru manusia kembali kepada-Nya dengan hikmah.
Comments
Post a Comment