Pokok

#FokusPadaPokok 👉🏻 Jika akarnya baik dan tidak buruk, pasti akan menghasilkan buah, bunga ataupun daun yang sangat segar.

Begitulah juga kita dalam tubuh kita ada seketul daging iaitu HATI. Jika hati kita dijaga elok, maka eloklah perilaku yang dizahirkan, jika tidak ia menjadi sebaliknya.

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. [24]

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). [25]

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. [26] [ 14 : 24-26]

#yangrianggembiralagiceria
#NotaUntukDiri

Comments