RINDU




Orang kata rindu itu tidak perlu diluahkan. Ada sesetengah pula mengatakan hanya perlu mendoakannya sahaja, tetapi ada yang mendakwa perlunya meluahkan rasa rindu itu agar insan yang kita rindu itu mengetahuinya.Bagi diri ini, kesemuanya wajar untuk diambil. Ianya berbalik kepada usaha dan tawakal. Apakah kaitan yang cuba dihuraikan dengan kenyataan ini? Berbalik semula kepada usaha dan tawakal, konsep ini selalu digunakan dalam kehidupan harian kita.

Usaha adalah suatu perkara yang akan dipandang oleh semua tetapi mungkin juga sebaliknya. Dalam usaha perlu adanya rasa ikhlas untuk melakukannya. Apa sahaja yang dilakukan jangan pernah memaksa walaupun terdesak. Perlahan-lahan dalam melakukan sesuatu, fikirkan dengan teliti.Tawakal merupakan perkara yang teramat penting dalam hidup ini. Tawakal bermaksud berserah diri kepada Allah SWT selepas apa yang cuba dilakukan. Biar DIA yang menentukan segalanya kerna takdir yang indah itu tidak akan tiba dengan mudahnya. Ia selalu didatangi dengan dugaan yang tidak diingini.

Tanpa menyedari itu yang sepatutnya dilakukan dengan rasa rindu. Pertamanya kita memendam rasa itu dan berdoa kepada-NYA. Seterusnya, menzahirkan segala yang terbatin dalam diri iaitu meluahkan rasa itu serta teruskan mendoakannya kepada-NYA. Lalu, untuk terakhir kalinya membatinkan segala yang dizahirkan dan sentiasa berdoa untuknya.

Bagi diri ini, orang yang dirindui sepatutnya mengetahui bahawa dirinya dirindukan oleh seseorang. Setelah itu terpulang padanya untuk menghargai rasa yang telah diluahkan mahupun sebaliknya. Dan orang yang menzahirkan rasa itu hanya berserah diri kepada-NYA agar rasa itu tetap ada dan akan dirasai oleh insan yang dirindui.
Kesimpulannya, kita mampu berfikir sama ada perkara ini perlu dipersetujui atau sebaliknya. Bagi diri ini, tiada yang mudah di dunia ini kerna seseorang tidak boleh menyangka yang semua orang di muka bumi ini memahami segala yang dirasa. Cukup sekali diluahkan agar insan itu terasa dirinya dirindui sentiasa disebabkan itulah seseorang itu perlu meluahkan ( usaha ) dan terus senantiasa mendoakannya kepada Yang Maha Esa dan Yang Maha Mengetahui ( tawakal ).


Comments