Sememangnya begitu mudah untuk dituliskan dan
diungkapkan oleh manusia bahawasanya mereka yakin kepada Yang Maha Esa. Ada
yang mengakuinya tanpa memahami dan ada yang mengakui pada bibir semata. Tetapi
bilamana diuji dengan perkara yang tidak disukai, segala ungkapan mahupun
pengakuan hilang begitu sahaja seolah-olah manusia itu yakin kepada Allah swt
disaat dikurniakan kebahagiaan mahupun kesenangan. Sesungguhnya apa yang
diyakini oleh manusia boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia itu sendiri.
Ketenangan dan kesengsaraan kehidupan manusia
itu bergantung kepada keyakinannya terhadap sesuatu. Jika keyakinannya dan
pengharapannya tertuju kepada Allah swt, in shaa Allah jiwanya kaya dengan
ketenangan walaupun ombak badai ujian melanda diri. Tetapi bukanlah membawa
maksud manusia itu hanya membawa kesengsaraan tetapi jika kita ingin bergantung
kepada sesuatu, perlulah bergantung kepada Yang Hakiki dan tidak pernah
meninggalkan kita disaat diuji dengan kesusahan. Manusia itu tidak akan kekal
dan tepat pada masanya ianya akan pergi meninggalkan kita dan dunia ini.
Firman Allah swt;
الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا
وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ
تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”.
Dalam Al-Quran sudah Allah swt nyatakan dengan mengingatinya jiwa manusia akan menjadi tenang dan tenteram. Al-Quran adalah kebenaran yang tidak akan mengkhianati manusia kerana Al-Quran adalah ayat-ayat Allah swt untuk semua manusia bagi memperolehi hidayah daripadanya.
Jika manusia boleh yakin dengan kata-kata
doctor sehingga bisa menyerahkan dirinya untuk menerima rawatan agar mampu
sembuh daripada pelbagai penyakit. Begitulah dan malah lebih lagi manusia untuk
yakin kepada Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Kerana Allah swt adalah
doktor hati yang terbaik untuk manusia dan yang tidak akan pernah mengecewakan
dan menzalimi manusia. Allah swt sentiasa ada untuk mendengar rintihan
hamba-Nya dan sentiasa menunggu hamba-Nya untuk bermunajat kepada-Nya.
Jika
benar kita yakin kepada Allah swt, maka manifestasikan keyakinan kita dengan
amal kita. Moga kita tidak manusia yang berjalan dengan sombong di bumi yang
diciptakan oleh Allah swt untuk manusia menuai amal.
Firman Allah swt;
وَلَا تَمْشِ فِى
الْاَرْضِ مَرَحًاۚ اِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الْاَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ
طُوْلًا
“Dan janganlah engkau berjalan di
bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus
bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung”.
Comments
Post a Comment