TADABBUR MALAM RAYA TANPA DIDUGA

 

Alkisah yang tidak akan dipadam ingatan. Memang tidak terfikir dibenak fikiran nak balik malam raya tetapi Allah swt merancang lain untuk tarbiyah peristiwa kami. Sebelum berbuka dah diuji dengan air yg diorder tu salah bagi, isu duit baki dan lepas tu kena marah di atas kesalahan orang lain. Kecik besar tengok makcik tu…. Tetapi orang yang menahan amarah adalah orang yang kuat dan cepat-cepat istighfar dengan kejadian tu. Macam biasa lepas berbuka pergi masjid nak solat maghrib, isyak dan terawih.

 

Lepas maghrib, duduk sebelah ruangan solat dan sambil tilawah dan tadabbur. Baru baca terjemahan surah Al-Najm ayat 39 hingga 42. Tetiba terdengar macam bunyi azan, tetapi macam mendayu-dayu. Pastu ada Pakcik Masjid tanya eh takbir ke tu, eh dah raya ke... Kami yang terpinga-pinga ni checklah handphone memasing, tup tup tup tengok posting esok raya. Kami memandang sesama sendiri dan speechless.. Luar macam gelak-gelak, dalam hati siapa tahu kan Yelaaa tengah menunggu untuk isyak dan terawih, sekali takbir raya yang dihidangkan. Bercampur baur rasa gitu tetapi cepat-cepat get back dengan keadaan dan yakin ini semua telah ditakdirkan oleh Allah swt.

Sesuai dengan terjemahan yang saya baca pada selingan waktu solat, tiada apa yang kita perolehi selain apa yang telah kita usahakan. Ramadan memang sangat related dengan amalan kita kan. Sejauh usaha kita untuk mempersiapkan diri utk menemui malam lailatul qadr dan paling utama usaha kita untuk capai mukmin yang bertaqwa kepada Allah swt sebab output daripada ramadan kita adalah ketaqwaan.

Firman Allah swt;

 

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى . وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى . ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَى . وَأَنَّ إِلَى رَبِّكَ الْمُنْتَهَى

“dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, dan bahwasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu),”

[Surah An-Najm; 53:39-42] 

Bagiamana Allah swt bisa membawa pergi Ramadan begitu sahaja, begitu jugalah mampu mengambil kembali pinjaman-Nya daripada kita tanpa sebarang tanda iaitu nyawa kita. Dan hari kiamat itu juga tiada siapa yang mengetahui bila akan berlaku tetapi jika ianya berlaku adakah kita telah mempersiapkan diri kita untuk laluinya?

Muhasabah dan tanya diri, sejauh mana amalan kita? Dan apakah telah dilakukan dengan cara yang terbaik?

Muhasabah diri, perbaiki diri dan tetap teguhlah untuk berada dalam rahmat dan keredaan Allah swt.

 

Comments