USAHA MENUJU ALLAH SWT DAN MEREKA YANG TERPILIH MENERIMA HIDAYAH ALLAH SWT


Dalam permusafiran manusia di muka bumi ini, ianya bukanlah tentang berapa banyak harta yang telah kita kumpulkan atau siapa yang paling kaya, paling masyhur dan siapa paling yang dicintai ramai. Tetapi ianya adalah kisah tentang bagaimana manusia itu sentiasa usaha untuk menjadi pilihan Allah swt untuk terus memperolehi hidayah. Hanya dengan hidayah Allah swt, manusia itu akan berada di jalan yang lurus menuju kepada kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Firman Allah swt,

 

اَللّٰهُ يَجْتَبِيْٓ اِلَيْهِ مَنْ يَّشَاۤءُ وَيَهْدِيْٓ اِلَيْهِ مَنْ يُّنِيْبُۗ

“Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya bagi orang yang kembali (kepada-Nya)”.

[Asy-Syura;42:13]

 

Manusia itu perlu usaha semaksima mungkin untuk perolehi hidayah Allah swt, Allah Al-Fattah akan membuka pintu-pintu hidayah dan akan membimbing manusia dengan petunjuk-Nya. Dalam ayat ada perkataan “al-ijtiba” yang membawa maksud pilihan dan ini akan berlaku dalam sekelip mata sahaja. Hanya Allah swt sahaja yang mampu melakukannya dengan apa yang Dia kehendaki. Bilamana Allah swt berkehendak, maka tiada siapa mampu mematahkan kehendaknya seperti firman Allah swt;

 

مَا يَفْتَحِ اللّٰهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۚوَمَا يُمْسِكْۙ فَلَا مُرْسِلَ لَهٗ مِنْۢ بَعْدِهٖۗ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

“Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana”.

[Fatir;35:2]

 

 Memohonlah kepada Allah swt agar sentiasa menjadi pilihan-Nya untuk kita perolehi hidayah. Doalah berulang kali dan teruskan berdoa. Moga Allah swt mengabulkan setiap doa kita.

 

“Ya Allah! Jadikanlah kami dalam golongan yang Engkau pilih!”.

 

Comments