SYUKUR DALAM REDA

 Manusia akan sentiasa reda dan bersyukur jika mereka perolehi kebahagiaan dan perolehi apa yang mereka idam-idamkan. Jarang sekali, kita nampak manusia bersedih dengan kebahagiaan yang mereka perolehi. Tetapi tatkala diduga dengan kedukaan, mulailah manusia mempersoalkan kenapa dan kenapa ianya berlaku dalam kehidupan mereka. Malah, ada yang stress dan murung terhadap apa yang berlaku.

Wahai yang namanya manusia, kenapa kita perlu asingkan rasa syukur kepada Allah swt. Sesungguhnya kesyukuran itu perlu dipanjatkan sentiasa tanpa mengira kebahagiaan mahupun kedukaan. Sememangnya perlunya kita reda akan ketentuan Allah swt untuk para hamba-Nya. Kerana sesungguhnya Allah swt Yang Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan Allah swt tidak akan pernah menzalimi makhluk ciptaan-Nya melainkan manusia itulah sendiri menzalimi diri mereka sendiri.

Allah SWT berfirman;

إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah. Dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipatgandakannya dari sisiNya pahala yang besar,”.

[An-Nisa; 4:40]

 

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظْلِمُ ٱلنَّاسَ شَيْـًٔا وَلَٰكِنَّ ٱلنَّاسَ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri”.

[Yunus;10:44]

 

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّٰمٍ لِّلْعَبِيدِ

“Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya”.

[Al-Anfal;8:51]

 

مَّنْ عَمِلَ صَٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّٰمٍ لِّلْعَبِيدِ

“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hamba-Nya”.

[Fussilat;41:46] 

Qalamullah adalah bukti bahawasanya Allah swt tidak pernah menganiaya atau menzalimi makhluk-Nya. Apa yang datang kepada manusia sama ada musibah mahupun kebahagiaan pasti aka nada hikmah disebaliknya. Tetapi sejauh mana manusia sentiasa syukur dalam reda? Begitu banyak nikmat dan rahmat Allah swt kurniakan kepada manusia tetapi kenapa manusia itu selalu melupakannya? Kerna kurangnya zikirullah kepada Allah swt disetiap hela nafas kita yang mampu menyebabkan hati kita jauh daripada Yang Maha Menciptakan Sekalian Makhluk.

Semoga kita menjadi hamba-Nya sombong terhadap pemberian Allah swt, baik mahupun buruk tetaplah bersyukur, tetaplah reda dan carilah hikmah disetiap ujian yang hadir. Moga dengan itu, kita mampu mendekatkan diri dan jiwa kita kepada Allah swt.


Comments