Daripada Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad saw;
إِنَّ اللَّهَ لا
يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ
وَأَعْمَالِكُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT
tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada
hati dan amalan kamu”.
[Riwayat Muslim]
Allah swt akan menghisabkan kita mengikut seperti hadis tersebut. Semuanya bergantung kepada amal kita bukannya rupa mahupun harta. Sebab itulah sangat penting untuk seorang manusia untuk menyucikan jiwanya kerana ianya akan memberi kesan kepada kehidupan akhirat kelak.
Jika ingin dibandingkan ilmu dengan amal, ilmu lebih mudah untuk diusahakan oleh manusia. Jika kita lihat keadaan manusia sekarang ini, sangat ramai golongan menghafaz Al-Quran dan ramai juga mampu memberi ceramah tentang asas-asas penyucian jiwa serta bagaimana cara untuk kita menyucikan jiwa agar menjadi tunduk dan patuh kepada Allah swt. Begitu banyak teori-teori tentang riak, ujub, takabbur dan perangai tercela yang manusia ketahui malah sudah boleh menghafalnya.
Tetapi bagi mempraktikkan teori ini
untuk dijadikan amal sangatlah sukar untuk dilakukan kerana jiwa kita berat
untuk melepaskan apa yang telah menjadi tabiat dan sebati dalam diri. Sebagai
contohnya;
“Kita boleh tahan lapar dan dahaga
serta berniat puasa pada bulan Ramadan, tetapi cara hidup kita masih dalam
kelalaian seperti “couple”, mengumpat dan sentiasa bersangka buruk terhadap
orang lain”.
Secara teorinya semua manusia boleh ikut syarat
sah dan syarat wajib puasa, tetapi bilamana kita cuba masuk ke dalam jiwanya
penuh kelalaian walaupun dalam beribadah kepada Allah swt”.
“Hal ini demikian kerana proses
pengindahan diri (al-tahalli) dengan penampilan Islam adalah mudah, tetapi
proses pembebasan diri (al-takhalli) daripada penyakit-penyakit batin adalah
sangat sukar”.
-Asy-Syahid Dr Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti,
132 Langkah Penyucian Jiwa-
Semoga kita tidak menjadi manusia
yang hanya mengumpulkan ilmu tanpa beramal, semoga kita menjadi manusia yang
sentiasa menambahkan ilmu dan sentiasa memperbaiki amal serta tidak berputus
asa untuk menyucikan jiwa kita daripada perkara-perkara yang melalaikan.
Comments
Post a Comment