Ada hadis yang sangat popular dalam kalangan masyarakat mengenai apa yang akan kita bawa setelah roh terpisah daripada jasad.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Semoga dengan kembalinya berseni melalui blog ini, ianya akan menjadi sesuatu yang mampu menjadi asbab sedekah jariah saya terhadap masa, tenaga, akal, hati dan anggota badan saya untuk menyampaikan kebaikan kepada semua yang membaca. Semoga apa yang dituliskan nanti akan menambahkan lagi ilmu yang mampu memberi manfaat kepada semua dan juga saya.
Sesungguhnya ia adalah usaha kecil saya untuk bercucuk tanam bagi kehidupan akhirat saya. Kerna dunia ini hanyalah sementara dan kita adalah musafir yang mengembara mencari hikmah sebuah kehidupan serta menggalas tanggungjawab sebagai abid dan khalifah Allah swt di muka bumi ini.
Firman Allah swt,
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak”.
[al-Syura; 42:20]
Mendoakan yang terbaik agar blog ini mampu menyumbangkan 1001 kebaikan dan ilmu yang bermanfaat.
Comments
Post a Comment