132 LANGKAH PENYUCIAN JIWA

Sebuah buku yang ditulis oleh murabbi ummah Asy-Syahid Dr Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti bagi memberikan pemahaman konseptual mengenai psikologi manusia dalam beragama bagi memandu perjalanan rohani ribuan anak muda yang berada di muka bumi ini. Buku ini juga telah diterjemahkan oleh Tuan Guru Haji Zulkifli Haji Ismail (Mudir Pondok Baitul Qurro’ Wal Fuqoha’) bagi memudahkan kita mengutip 1001 pengajaran daripada buku ini untuk memperbaiki jiwa kita yang telah lama dibelenggu oleh kejahilan.

In shaa Allah pelbagai topik dalam buku ini akan dipilih secara “random” bagi mengambil serba sedikit pengajaran agar kita dapat mengamalkannya supaya ilmu yang kita perolehi tidak menjadi sekadar pengetahuan untuk kita. Tambahkan ilmu, perbaiki amal dan terus istiqamah untuk berada dalam kebaikan.

Rasulullah saw bersabda:

 

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”

[HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni]


بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat”.

[HR Iman Bukhari]

Semoga kita semua dapat menjadi asbab bagi manusia lain mendapatkan kebaikan dan kefahaman dalam beragama.


 

Comments