![]() |
Tempat Penuh Memori |
Assalamualaikum wbt...
Sesungguhnya tempat ini sungguh asing bagiku pada permulaannya. Suasana yang jauh berbeza dengan tempat kelahiranku. Di sini jugalah telah memberi seribu erti dalam episod kehidupan aku.
Penuh dengan memori suka duka aku hadapi sepanjang berada di sini, ianya sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata.
Di sinilah permulaan sebuah perubahan dalam hidup aku. Di mana DIA telah menghadirkan aku dengan insan-insan yang sungguh menakjubkan. Sungguh aku bersyukur kepada Maha Pencipta. DIA membantu aku di saat diri ini sedang mencari haluan hidup yang diredhai oleh-NYA.
Pertamanya, aku ditemui oleh seorang insan sangat lembut pertuturannya, sopan-santun sikapnya akan tetapi ada tegas dalam lembutnya. Dia sangat tegas pada sesuatu perkara terutamanya hal-hal yang berkaitan seorang perempuan. Dia mengajar aku untuk sentiasa tegas dalam hal ini. Dia menegur aku saat aku khilaf dalam tingkahlaku ku dan dia juga membimbing aku dalam tidak sedar dia. Sungguh hebat pemberian-NYA.
Orang kedua ini juga seorang yang hebat dalam memberi pengisian ilmu Islam. Aku menemuinya selepas aku kehilangan dia. Bagi aku pertemuan ini merupakan satu titik tolak untuk aku meneruskan mencari tentang kekuasaan DIA. Mungkin DIA tidak mahu hamba-NYA ini terumbang-ambing di saat mencari kebenaran tentang DIA.
Di tempat ini jugalah aku menemui dia yang aku benar-benar sayang hanya kerana DIA. Sesungguhnya kita merelakan pemergian orang kita sayang kerana DIA, pasti akan digantikan walaupun tidak sama seperti yang dulu. Banyak kisah yang manis pahit yang kami hadapi di sini. Sungguh nikmat Allah itu indah. Akan ku hargai sehinggalah nikmat itu diambil kembali oleh-NYA.
Sekian....
Comments
Post a Comment