Coretan Perjalanan Diri Ini

Assalamualaikum wbt....

Hari ini bermulalah program akhir untuk organisasi yang diri ini terlibat. Aktiviti yang sangat istimewa. Tidak diri ini menduga akan menjejakkan kaki di sana buat kali kedua. Sungguh diri ini mensyukuri perancangan Yang Maha Esa yang membawa diri ini ke tempat yang begitu istimewa.

Tempat istimewa itu adalah Rumah Orang Tua. Diri ini tidak mahu berkongsi nama penuh lokasinya. Sudah sekian lama diri ini berniat untuk melawati Rumah Orang Tua cuma oleh dek kekangan yang tidak dapat dielakkan, ianya membantutkan segala perancangan diri ini untuk pergi.

Tetapi dengan izin-NYA, diri ini kembali ke tempat yang istimewa ini. Suasana persekitaran yang menenangkan fikiran. Diri ini ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman diri ini perolehi daripada lawatan tersebut.

1) Kak Ila
Seorang yang agak periang dalam kalangan Asrama M1. Dia ingin kami panggilnya akak sebab dia cakap dia masih muda lagi dan tak perlu panggil "makcik". Dia beritahu kami yang dia berasal dari Selatan. Dia suka mendengar lagu dan menyanyi lagu... Ada juga kami menyanyi bersama....Antara lagu yang dinyanyikan adalah Madah Berhelah, Gadis Melayu dan lain-lain tapi yang kelakar kami hanya menyanyi sebaris lirik sahaja sebab tak hafal lirik...hahahahahahahaha....

2) Ummi
Seorang makcik yang menarik perhatian diri ini. Kami hanya berbual kosong pada mulanya tetapi pada hujung perbualan kami, dia menceritakan perkara yang menyebabkan dia dihantar ke sini. Sungguh menyentuh hati....Tangan dia melecur sebab terkena air panas semasa Form 1 dan telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya tanpa sempat untuk menatapi. Penjaga yang menjaga dia turut pergi menghadap Yang Maha Esa. Jirannya menghantar dia ke sini kerana tiada siapa jaga...

3) Auntie S
Seorang indian...semasa diri ini menyapa dia, dia minta nyanyikan satu lagu.......hahahahahaahhaha...sepi seketika...diri ini menunaikan hasratnya walaupun suara ke laut...dia cakap "kamu happy, saya happy dan semua happy".

4) Makcik .....
Seorang yang kurang upaya....Tetiba dia menarik tangan ini dengan begitu kuat hingga ke katilnya. Diri ini mampu tersenyum dan tergelak dengan tingkahnya tetapi tiba-tiba dia berubah menjadi diam di saat diri ini nak balik....

5) Nenek..
Tiba-tiba diri ini dipanggil oleh seorang nenek..Dia tanya "ada tudung lebih" lalu diri ini menjawab tiada..Dia bilang kalau datang lagi jangan lupa bawa dan beri kepadanya....Aku hanya mampu senyum dengan permintaan itu.

Konklusi dengan apa yang kami lakukan hari ini adalah hargailah dan jagalah ibu bapa kita sebaik mungkin, jika boleh elakkan mereka rasa apa yang kita lihat di rumah ini. Kita tidak akan pernah tahu bila ajal akan menjemput mereka. Mungkin ajal itu menyapa kita dulu mahupun sebaliknya. Oleh itu, selagi ada masa untuk kita berbakti kepada mereka berbaktilah...Mungkin dulu kita tanggungjawab mereka, sekarang pabila mereka tidak berupaya melakukan sesuatu, mereka adalah tanggungjawab kita. Sama-samalah kita membalas segala pengorbanan yang telah mereka korbankan untuk membesarkan kita dan menjadikan kita sebagai manusia yang berguna dan berjaya.

Sekian daripada diri ini....



Comments