Cinta



Waktu sentiasa bergerak tanpa kita sedari,
Detik demi detik ianya melangkau menjadi hari,
Hari yang menceritakan segalanya,
Segala yang terjadi dalam hidup kita,
Kehidupan berlandaskan cinta yang hakiki,
Cinta kepada Maha Pencipta,
Pencipta yang mencipta kita penuh perasaan,
Perasaan untuk merasai cinta insani,
Tetapi kekadang kita teralpa olehnya,
Sehingga kita tidak sedar yang mana baik atau sebaliknya,
Kita beremosi tatkala kita mencintai insan,
Sehingga kita sanggup melanggar segala yang telah ditetapkan oleh Islam,
Bak kata “cinta itu buta”,
Kerana cinta kita buta tentang perbuatan kita,
Kerana cinta kita buta dengan hak manusia,
Kerana cinta juga kita buta dalam perjalanan kehidupan kita,
Sedangkan cinta yang sebenarnya suci jika kita tahu batasnya,
Kerana kealpaan kita,manusia lain memandang serong tentang cinta,
Ingatlah cinta yang memberikan kebahagiaan adalah cinta kepada ibu bapa,
Cinta yang membawa keberkatan adalah cinta berlandaskan ajaran Islam,
Cinta yang mengagumkan adalah cinta kepada Rasul kita,
Cinta yang membawa kita ke syurga adalah cinta kepada Allah s.w.t kerna cinta-NYA merupakan cinta yang hakiki.
DIA sentiasa mendengar luahan hati kita,
DIA sentiasa sedia untuk menghilangkan rasa hiba kita,
Kerana DIA menghadirkan ujian untuk menjentik hati kita untuk sujud kepada-NYA.


Comments